Sayembara Pena Siswa Politeknik Malaysia tahun 2020 anjuran Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar bersama PMS telah berlangsung pada 26 Oktober 2020 yang disertai seramai 114 peserta dari 21 buah politeknik seluruh Malaysia.
Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu cerpen, berita dan rencana. Peserta telah mengikuti sesi bengkel dalam talian selama lima hari berturut-turut. Kesemua hadiah sayembara ini ditaja oleh Makmur Gold.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah ini disempurnakan oleh Adun Muadzam Shah, YB Ir. Razali Kassim. Pada masa yang sama juga, PMS mengambil kesempatan untuk menandatangani nota persefahaman bersama Makmur Gold didalam mengadakan kerjasama strategik.
Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih juga kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang bengkel yang diadakan secara dalam talian. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Makmur Gold Official diatas tajaan hadiah yang telah diberikan dan akhir sekali terima kasih kepada Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar dan Malaysian Polytechnics Communication Enhancement Council (MPCEC) kerana memberi peluang menganjur program yang begitu bermakna.
No comments:
Post a Comment