Tuesday, January 25, 2022

MAJLIS PERSARAAN PENGARAH PMS

 

Majlis persaraan Pengarah PMS telah berlangsung pada 25 Januari 2022 bertempat di Dewan Seri Gading Politeknik Muadzam Shah. Acara yang penuh gilang gemilang dan berwarna warni ini yang bertemakan traditional melayu turut dihadiri oleh semua staf dan pelajar MPP. Selama 4 tahun mencurahkan bakti kepada PMS, sudah sampai masanya Tn Pengarah bersara dan mengundur diri dari perkhidmatan. Semoga Tuan Haji sekeluarga berbahagia hendaknya dan dipermudahkan didalam segala apa jua urusan. Kami di PMS sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuan Haji sekeluarga.
Upacara memotong kek pada majlis tersebut yang diiringi oleh Timbalan Pengarah Akademi, Tn Hj Dr. Zulkifli dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Muhammad Rafie.
Staf PMS mengambil peluang untuk bersama-sama bergambar sebagai kenang-kenangan bersama Pengarah PMS


No comments:

Post a Comment

PERHIMPUNAN BULANAN & HARI AKADEMIA

  29 Oktober 2022 : Sekitar Majlis Perkhimpunan Bulanan Oktober 2022 dan Hari Anugerah Akademia PMS yang berlangsung di Dewan Seri Muadzam d...