Majlis persaraan Pengarah Politeknik Muadzam Shah telah berlangsung pada 25 Januari 2022 yang dihadiri oleh seluruh warga kerja PMS. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan Bin Ismail bersama isteri, Pn hajah Wan Nor Haizam Binti Wan Hassan ke dalam Dewan Seri Gading. majlis tersebut disertai dengan pemasyuran Cokmar PMS yang diberi nama "Khatib Rasu". Majlis ini diadakan bagi memberi penghormatan kepada beliau yang telah menerajui kepimpinan Politeknik Muadzam Shah bermula 1 Ogos 2018 sehingga 30 Januari 2022.
Seluruh warga PMS mengucapkan 'Selamat Bersara' dan merakamkan ucapan terima kasih di atas jasa dan komitmen yang telah diberikan sepanjang beliau menjadi Pengarah PMS. Kami mendoakan agar Tuan Haji Hassan bin Ismail diberi anugerah kesihatan dan kebahagian disamping keluarga tercinta.
No comments:
Post a Comment