Majlis persaraan Pengarah PMS telah berlangsung pada 25 Januari 2022 bertempat di Dewan Seri Gading Politeknik Muadzam Shah. Acara yang penuh gilang gemilang dan berwarna warni ini yang bertemakan traditional melayu turut dihadiri oleh semua staf dan pelajar MPP. Selama 4 tahun mencurahkan bakti kepada PMS, sudah sampai masanya Tn Pengarah bersara dan mengundur diri dari perkhidmatan. Semoga Tuan Haji sekeluarga berbahagia hendaknya dan dipermudahkan didalam segala apa jua urusan. Kami di PMS sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuan Haji sekeluarga.
Upacara memotong kek pada majlis tersebut yang diiringi oleh Timbalan Pengarah Akademi, Tn Hj Dr. Zulkifli dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Muhammad Rafie.